mY Lilly's

mY Lilly's

4 Jun 2011

LayakKah Kita???

Jatuh. Gagal. Tiada siapa yang tak pernah merasainya. Percaya atau tidak, orang paling berjaya dimuka bumi ini pasti pernah juga merasai kegagalan. Kita akan terus jatuh kalau kita tak pernah cuba untuk bangun.
 Sebenarnya, semakin jauh kita terpelosok jatuh semakin dekat DIA pada kita. Oleh itu, kita pun mestilah mendekatinya. DIA beri kegagalan supaya kita berfikir. Layakkah kita menerima kejayaan yang ada pada sekarang ataupun adakah layak kita meminta kejayaan jika usaha yang kita lakukan hanya berharga untuk suatu kegagalan. Kegagalan hanya akan datang jika kita menghampirinya. ALLAH maha adil. Dia beri duka bila bahagia tiba kerana kita akan terlupakannya disaat kita bahgia. 
Tapi, ada juga orang yang sentiasa mengingatiNya gagal. Kenapa? Sebab ALLAH nak lihat kedalaman iman hambanya itu. Kebalkah imannya  jika diuji dengan ujian yang ALLAH berikan. Hidup bagai pusingan roda. Kadang diatas kadang dibawah. Oleh itu, jika kita rasa hampir pada pusingan yang dibawah, cepat-cepatlah sedar dan bangkit. Jangan kita terjerumus dalam kegagalan, akibatnya, kita boleh jadi gila. ALLAH uji kita sebab DIA sayangkan kita. 
DIA taknak kita lupa dari apa kita dicipta dan untuk apa kita dicipta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan