mY Lilly's

mY Lilly's

11 Nov 2011

Spreading???

its quite long time not writing...
Alhamdulillah i've been through a lot of happy since turn to 20th...
my kuliah... my beloved iium... my new house(exactly still in progress)
n my tremendous love...my parent, my all nephew n my new niece and also my great siblings...
also my granny n beloved auntie n cousin also uncle...
my love have been poured for them totally...
and
for all friend who keep support me anytime, everywhere...
just keep think that my life will lame without ALL OF THEM...

SARANGHANMIDA... cHOnGmAL!!! SARANGHAe!!!!


a WORD FROM ME...

wHEn WE love soME onE wholeHEARtedly... wHAT wiLL we GET JUST a slighT LOVE FROM them
BuT
whEN we love SOMEONE halfHEARTEDLY... THEY will GIVE all theiR LOVE FOR us

hoWEVER..THIS kind OF LOVE JUST come FROM A person who NEVER appRECIATE 
love

so When u appreciate love... the more u do love someone the more u will get in return...

SO,,, Spread YOUR LOVE!!!!!

6 Ogo 2011

mY 20th anniversary...

Salam untuk hari yang indah…
6 ogos 1991 tepat jam 7setengah pagi, waktu para2 dokter nak g sembahyang subuh mak aku selamat sudah melahirkan aku…
ALHAMDULILLAH n TERIMA KASIH emak…


6 ogos gak banyak peristiwa bersejarah berlaku contohnya pengeboman di Jepon…
N based on abah information, masa hari aku dilahirkan ketua polis daerah aku dilahirkan mati ditembak ketika mengejar penjenayah n berlaku slight rusuhan…huuhuhu dramatic sungguh…sampai susah abah nak dating ke hospital…gara2.,.

Tahun ni aku sambut dengan istimewanya sbb sekarang ni bulan Ramadan…bulan yang penuh rahmat dan barakah…dan insyaALLAH… jika umurku panjang tahun depan sambut pulak pada hari quran diturunkan iaitu 17 ramadan…





Maka dengan ini genaplah 20thun ak hidup diatas muka bumi ni… insyaALLAH aku cuba jadi manusia n anak yang lebih baik sempena masuk era –an nie… 

p/s: tq untok semua y wish...y xwish xpe y pnting igt lagi siapa aku...ni aku(^-^) the latest pic... budak gimok! huhuhu 


20 Jul 2011

gudaerul bogoshippo... mihaenyo... na...saranghaeyo



                 Salam untuk hari yang indah….
Video ni aku cut dari drama yang paling latest  aku layan… cter ni namanya ‘HEARTSTRINGS’ sweet…even baru layan sampai episode 6…aku sangat tertarik ngan scene ni,,,sebab aku Nampak sesuatu yang sama berlaku pada diri aku…

He’s crying…
Wanna be the first tell him ‘its alright’…youll be fine...
But now he is in someone else’s arm…
Not me….
But someone else’s arm……

Confession 2....



16 Jul 2011

Erti Sebuah Persahabatan

Salam untuk hari yang indah….
‘Sahabat Selamanya’
OsT Upin n Ipin
Lagu ni indah jika didedikasikan untuk sahabat yang sentiasa ada disisi sahabatnya… diwaktu suka dan duka… dalam hidup ni 3 perkara terpenting dalam diri setiap manusia adalah CINTA kepadaNYA, KELUARGA dan SAHABAT…
Jangan pernah menganggap seorang sahabat itu tidak memberi apa2 makna dalam hidup kita kerna tanpa SAHABAT hidup kita tak berwarna….
-TERIMA KASIH KAWAN-

10 Jul 2011

Erti Sebuah Kemaafan...

Salam untuk hari yang indah…
Kebelakangan ni aku selalu memikirkan tentang erti kemaafan yang sebenar… baru2 ni seorang sahabat mengkhianati aku… dia tinggalkan aku sendirian mengharungi hari2 yang sepatutnya dia janji akan menemani aku… xlah lama 2bulan jew… 2bulan jadi mcm 12bulan lepas dia tinggalkan aku macam tu jew… mulanya aku mmg xterima… surat yang dia pas kat aku pun aku baca lepas seminggu dia blah… hinggalah satu hari aku hantar satu mesej yg menyatakan aku dah tak marahkan dia tapi walaupun aku dah maafkan dia..hati aku tetap tak boleh nak terima apa yang dia dah buat kat aku…semalam dia anta mesej mcm biasa..mcm xde pape berlaku…”hai! Dak cute!” aku tak reply pon…erm…xtaw lar…aku terdidik untuk tak pandai minta maaf dan memaafkan…hati aku jadi keras…cm ego pon ada gak…
Pada aku sebenarnya… ini adalah karma Allah… DIA nak aku ingat, dulu kau tinggalkan kawan kau saat kau sangat diperlukan…sekarang saat kau sangat membutuhkan, kawan kau tak berfikir 2kali untuk tinggalkan ko sensorang…papepun thanks utk kawan ‘tu’… tapi serius..aku memang tak pandai minta maaf…kalu mintak maaf pon ak yer muka mesti muka tak bersalah… dan setakat ni aku memang tak pernah memaafkan orang yang dah wat aku sakit hati… ish! Aku ni…
Dan hari ni aku terfikir satu hal… kalaulah aku tak mampu nak maafkan orang n mintak maaf kat orang… tak mustahil kalu ada jugak orang yang takkan pernah maafkan aku…

“MEMAAFKAN ITU MUDAH… TAPI MELUPAKAN KESALAHAN YANG DILAKUKAN ITU MUSTAHIL…”
-CONFESSION ONE- 

13 Jun 2011

One man... don't be good to me anymore +___+"

Recently, there's a lot of korean ballad song i heard.
but i interested  with this both lyrics song...
two song which came from the same singer...
-Kim Jong Kook-



It must've been a long time. Long enough for these words to become colorless. 
Even if I just see your eyes, I know everything, 
Like your friend, like your shadow. 

We must've been together always. When you're having hard time and you are sad, 
even when you're lonley. Holding onto seperation a bit longer, 
Even when I'm hurting to wipe away your tears.. 

There's a man. Who loves you so much. 
There's a man. Who can't even say I love you. 
By your side I put my hand out and 
at a path were you can always reach me 
I, who cherishes you more than myself, am with you. 

To make you laugh, I think of only that and 
When and where ever you are I'm watching you and missing you. 
And who worries of only you, 

There's a man. Who loves you so much. 
There's a man. Who can't even say I love you. 
By your side I put my hand out and 
at a path were you can always reach me 
I, who cherishes you more than myeslf, am with you. 

For the thousandth time I swallow and again for ten thousandth time I try to set 
everthing straight. I want to tell you. I think I'm going to go insane but. 
I want to embrace you all at one but... 

There's a girl, who doesn't know I'm like this. 
Who receives love but doesn't even know that it is love. 
Leaving you, who is as foolish as I and sad, 
At this moment tears come but I'm happy. 
It's because you're by my side.
-One man-

-Don't be good to me- 

Stop being good to me
Don't be good to me anymore

It might be better to be cold to me
Or ignoring me might be better for me
Brushing off the dust on my collar
Carelessly laughing and leaning on my shoulder

I let it go, telling myself that its just a habit and busy my day
But I think about ti again and again as if I took a picture

Stop being good to me
Don't be good to me anymore
I don't have the confidence to kneel my knees and be hurt by love
If you have other thoughts than me, if you have different thoughts than me.
If somebody asks you who I am, nonchantly introduce me as just someone you know

The phone call a couple of days ago at night, that call...
it's not that I didn't wat to answer, but I couldnt
Just in case I tell you I miss you when I'm drunk
because in the morning, I'll regret it

Stop being good to me
Don't be good to me anymore
I don't have the confidence to kneel my knees and be hurt by love
Although I had the whole world because of love
Although i miss it, I'm unable to find the way

Just in case you have the same thoughts as me, 
if you happen to have the same thoughts of me
I wait again and again.
I am a fool infront of love again.
I cling to you again, like a fool.

Stop being good to me
Don't be good to me anymore
he's exactly have a sweet scandal with my eun hye unnie....
hehehehe
-just sharing-


5 Jun 2011

Hikmah Lappy SaKit....

Assalamualikum....
kalau nak tahu my beloved lappy sakit tenat since bulan april yang lepas...
aku suruh Dr. Dell datang rawat... kira lama gak lah aku macam cacing kepanasan kat bilik tanpa lappy...
so, dalam pada mengisi masa lapang aku pun jalan2 kat library...
scary pulak gamba nie....
exactly..this is why my profile name at facebook keep changing...huhuhu
nama pun library u takkan nak provide novel cinta pulak kan....
terpaksalah aku menelaah novel sastera...
kebanyakannya  novel yang menang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan...
 first time baca novel yang menceritakan kisah sebenar bagaimana kehidupan seorang
law student kat UKM... yelar selama ni kalau baca novel yang berlatarbelakangkan kehidupan universiti mesti
novel cintan cintun.... novel ni menyedarkan aku sebagai seorang student u kita tak sepatutnya main2 masa belajar... tetapkan visi dan lancarkan misi!!!


novel ni pulak menceritakan kehidupan remaja abad 21... dimana ketika ini dunia mengalami masalah
populasi  remaja yang sangat teruk. Masalah sosial yang menimpa remaja masakini bukan lagi menjadi isu tapi
masalah remaja yang tidak tahu berkomunikasi dengan sesama manusia dan sudah lupa untuk  menghargai adat dan budaya Melayu disebabkan kemajuan teknologi yang sangat pesat... So, dalam novel ni kita akan belajar bagaimana Memahami sesama sendiri merupakan suatu kewajiban!!!

Isu yang dibangkitkan dalam novel ni pun sangat menarik... novel ni berlatar belakangkan zaman klasik... zaman ketika temasik dilanda todak... tapi bukan cerita pasal negeri Temasik tapi sebuah negeri bernama Ujuna Madani yang sangat mementingkan ilmu sebagai senjata utama dalam melindungi rakyatnya... dari novel ni aku belajar bahawa Ilmu didunia ini tiada penghujungnya!!!

cerita ni pulak cerita mengenai kehidupan pelajar di Syria. Aku memang dah biasa dengan pengalaman kengkawan yang study kat Mesir tapi bukan di Syria. Tak banyak perbezaan cuma pelajar di Syria akan lebih dekat dengan tapak sejarah nabi-nabi dan pejuang islam seperti Salahuddin Al Ayubi... plot yang mengelikan hati aku bilamana watak utama lelaki dalam cerita ni menunggu dirinya dipinang mana2 siswi seangkatannya... lucu betul brother ni... sebenarnya banyak lesson aku belajar dari novel yang ni...tapi tak larat dah nak mention semua...

hah! cerita pula berlatar kisah pelajar di Madinah Munawwarah. Sesiapa yang pernah tengok drama Cinta Madinah kat tv1 satu masa dulu rupa2nya ia diadaptasi dari novel ni.... mengisahkan seorang pelajar Usuluddin yang ingin menyambung pelajarannya di peringkat Sarjana di Universiti Madinah tapi menemuhi pelbagai dugaan...tapi kerana dugaan itu jualah dia menemukan cinta yang dicari selama hidupnya....
Novel ni cuba menerapkan kepada pembaca tentang menghargai karya2 sastera melayu itu sangat penting...huh! lelah aku baca puisi2 dalam novel ni...tapi sweet!!!

ini yang paling latest aku baca... sekali lagi berlatar zaman klasik... cerita bagaimana islam kali pertamanya tiba di tanah melayu Melaka... menarik... kisah seorang bakal pemimpin sebuah negeri yang tak mahu menyembah batu2 ataupun matahari sebagai tuhan. Dia mengembara untuk mencari kebenaran sehinggalah dia bermimpi yang cahaya kebenaran akan terbit dari tanah Melayu Melaka... lantas Tanah Melayu Melaka dijejakinya.
Cerita ni memang dramatik...ala2 kisah hikayat... tiba2 aku sedar untungnya Tanah Melayu didatangi pedagang Arab kerana inilah anak Melayu kini Islam kalau tak mugkin kita masih tercari2 cahaya kebenaran...


Waiting List!!!



Aku sebenarnya kenal Faisal Tehrani sejak form 5...masa ni Ustazah kami galakkan kitaorang untuk baca karya dia ni... banyak juga aku dah baca tapi yang aku pelik karya dia yang popular macam 1515, 1511H [Kombat], Dektetif Indigo dan Advencer Si Peniup Ney tak pernah pulak berpeluang aku baca....
bila aku search2 kat library catalouge aku cuma jumpa 2 novel ni je...
Kehebatan cara Faisal berfikir memang tak boleh nak disangkal...apa yang dia tulis memang kebanyakan 
betul... itulah yang menimpa masyarakat islam masa kini... tak sabar nak habiskan 2 novel ni...



Banyak faedahnya kalau kita banyak membaca... tapi sebagai remaja yang bijak... dalam mencari jati diri yang kental kita kenalah memilih bacaan yang betul... Imbangi bahan bacaan berunsur ilmiah dan duniawi... barulah betul... Sama2 kita mengingati sesama kita... +_______+

4 Jun 2011

Drama Hot!!!

Aku ni memang suka membaca. percaya atau tak, thanks kat abang aku sebab dialah aku jadi addicted kat buku... since aku darjah 4...sebab masa ni jelah aku boleh pinjam buku dari perpustakaan...dan disebabkan abang aku yang suka suruh aku pinjam buku dari perpustakaan... tiap2 bulan aku dapat hadiah dari library sebab aku pinjam more than 10 setiap bulan..hahaha caye tak caye...tp bila aku meningkat dewasa...sekolah menengah aku tak provide banyak buku so, dari sinilah aku start membaca novel.

Tapi, baca novel ni perlukan banyak kos...percaya atau tak ketika zaman addicted novel ni...aku mampu baca sekeping novel about 500pages dalam waktu semalaman aje...maksudnya start pukul 8 malam habis sebelum subuh...tabiat......

bukan nak story morry pasal hobi aku tapi pasal novel kat atas ni.... cerita aku baca masa aku form 5... pinjam dari kawan selepas menunggu turn beberapa detik aku still xdapat...lastly aku persuade kawan aku yang tengah turn dia la tu...aku cakap aku baca satu malam je... done!!!! 
puas kot....
tapi aku xdapat hayati sangat masa tu....

"kerana cinta... seorang lelaki sanggup lakukan apa saja untuk pastikan cinta pandang pertama dia yang satu ini menjadi miliknya tak kira apa cara sekalipun... walau terpaksa menyakiti cinta hatinya itu"

"kerana cinta seorang lelaki terhadapnya... dia kehilangan insan yang dia sayangi dan juga kehormatan diri... 
tapi dia bangkit dari kisah silam tanpa mengetahui yang dia sebenarnya dia terjunam kembali kepada kisah silam hidupnya itu"

"kerana cintanya terhadap lelaki itu.... dia jadi buta... walau apa cara sekalipun lelaki itu harus jadi miliknya walau dia tahu walaupun dia mampu memiliki lelaki itu...hanya jasad yang akan dia dapat"

novel hasil nukilan Meen Zulaikha ni memang tak mengecewakan setiap pembaca....
plot cerita yang sentiasa membuat pembaca tak kan pernah lepaskan setiap helaian... 
lebih2 lagi... endingnya mampu buat aku tersenyum....+_______+  puas!!!

Drama Nora Elena
Apa kaitannya dengan drama ni...
mestilah Nora Elena nilah heroin novel Kasih Yang Suci...
Adaptasi dari novel yang baik pasti mampu menghasilkan drama yang baik juga.
lebih2 lagi Aaron Aziz yang hensem ni membawa watak utama yang digambarkan seorang lelaki yang sangat romantik dan setia pada cintanya..."Seth Tan"
tapi...
Aku rasa Siti Saleha adalah pilihan yang kurang tepat untuk jadi Nora Elena dalam cerita ni...ini pendapat aku... memang dia ada pakej kecantikan yang ada pada Nora Elena tapi aku nampak kejanggalan dia bila bergandingan dengan Seth.....
lagi satu...
watak Yvonne yang dipegang oleh Wan Syarmila sangatlah tak kena.... she should be a real chinese girl based on the novel.... not only a girl who can speak chinese fluently...
Apapun Pengarah cerita ni cuba buat yang terbaik.... dan aku suka...lebih2 lagi pengarah ni tak tambah banyak sangat watak yang takda dalam novel... tabik untuk pengarah sebab mampu adaptasi novel ni sebaik mungkin....
exactly cerita ni menyedarkan aku tentang sesuatu...
mencintai dan dicintai takkan menjanjikan kebahagian yang syumul...
sebagai seorang wanita kita sememangnya kena bijak memilih...
pilih teman hidup yang mampu menyayangi kita...
jangan biarkan cinta mengaburi hati kita dalam memilih pasangan hidup...
sebab dalam perkahwinan kita hanya perlukan 40% cinta...
kerana yang lebihnya adalah bagaimana kita dan pasangan kita mengekalkan 
kasih sayang yang sedia ada untuk 50 tahun yang akan datang....



"Biarlah kita sesali cinta yang tak pasti daripada kehilangan cinta sejati"
-One-


Korean Fever!!!

Sekarang ni dah jadi trend budak2 universiti stay up or isi masa lapang diorang ngan layan drama2 korea or layan music k-pop.... tapi sorrylar.... aku kena korean fever ni sejak aku kecik lagi.... masa aku aku baru darjah 4 or 5....
inilah drama yang aku follow mase aku darjah 4... until now its still remain in my heart...by favourite korean drama ever...sedih sangat.... walaupun masa ni cerita winter sonata tengah hot giler tapi aku hanya tengok citer ni....
tajuk citer ni...Stairway to Heaven... bukan citer kedua yang aku layan tapi cerita ni membawa sejuta kenangan pada diri aku... jalan cerita yang seakan citer Autumn in My Heart tapi lagi sedih... masa ni aku memang layan drama tangkap leleh je..hahahha
erm... exactly aku takkan lupa citer ni sampai bila2 sebab satu peristiwa dimana aku share duit dengan sorang kawan aku untuk beli cd citer ni...nak dijadikan cerita aku boleh tengok cerita ni ditemani oleh seluruh warga aspuri sekolah sampai aku dikenali dengan adik2 junior...sebab masa tu aku new student...and yang paling beraninya aku simpan cd citer ni dengan ustazah...fuhhhh terbaik..sweeet~~~ sampai sekarang kalau aku jumpa junior  diorang konfem tanya"akak! ada layan citer ni x, citer tu???" hah! 

I'm Sorry,I love U...tajuk diberi
memang aku layan hari2
takkan pernah aku lupai
biar sampai keakhirnya nanti...
MY MOST FAVOURITE KOREAN DRAMA EVER!!!

Boys Over Flower...
aku suka layan waktu bosan sebab citer ni sangat sweet...
watching how arrogant man fallin in love with a poor girl....
hahahha like the way they are!!!
Coffee Prince...
cerita ni aku ulang kali tengok dah lebih 50 kali aku rasa...sampai cd aku dah rosak
tersekat2!!!! ahhahaha
kalau tak silap aku nilah komedi korean drama yang aku layan...
gaguma couple...sweet sangat.....
My Girlfriend is Gumiho...
1st fantasy Korean drama
suka sebab jalan cerita dia menarik sangat...
unik...
pelakon2 dia pun terbaik lah!
Sweet Spy...
Citer aksi romance 1st aku ngok...
hensem betol oppa dennis oh nie....
cerita ni sangat romantik...
pada akulah...
Jewel in The Palace...
pada aku sesiapa yang minat drama korea tapi tak pernah tahu kewujudan  citer ni
dia memang sangat rugi.....
drama epik korea yang paling terkenal serantau asia...
adaptasi dari kisah sebenar...memang best...
aku layan cerita ni masa aku form 2...terbaik!!!!
Goong aka Princess Hours...
sweet...walau jalan cerita yang agak slow...
tapi ini kisah imaginasi seorang art student yang angankan 
negaranya masih mempunyai sistem beraja dan dia seorang rakyat biasa
yang tiba2 dijodohkan dengan putera mahkota dan bakal menjadi permaisuri negara diorang
KOREA!!!
God of Study...
cerita untuk cikgu2.... memang terharu teengok pengorbanan cikgu2 diorg yang percaya diorang juga mampu masuk universiti walau duduk dikelas terakhir...memang terbaik.... tersingkap segala kenangan masa zaman sekolah2 dulu.....

Secret Garden...
cerita yang paling latest aku layan...sebenarnya banyak lagi..tapi gilalah kan kalu mention semua...
cerita memang sweet...dan aku sangat sukakan endingnya..walau aku baru tengok epside 1-13 pastu lompat ending....hahahhaah terbaik.... tabiat....

Walau makin banyak drama yang aku layan tapi aku rasa aku dah tak fever dah......

LayakKah Kita???

Jatuh. Gagal. Tiada siapa yang tak pernah merasainya. Percaya atau tidak, orang paling berjaya dimuka bumi ini pasti pernah juga merasai kegagalan. Kita akan terus jatuh kalau kita tak pernah cuba untuk bangun.
 Sebenarnya, semakin jauh kita terpelosok jatuh semakin dekat DIA pada kita. Oleh itu, kita pun mestilah mendekatinya. DIA beri kegagalan supaya kita berfikir. Layakkah kita menerima kejayaan yang ada pada sekarang ataupun adakah layak kita meminta kejayaan jika usaha yang kita lakukan hanya berharga untuk suatu kegagalan. Kegagalan hanya akan datang jika kita menghampirinya. ALLAH maha adil. Dia beri duka bila bahagia tiba kerana kita akan terlupakannya disaat kita bahgia. 
Tapi, ada juga orang yang sentiasa mengingatiNya gagal. Kenapa? Sebab ALLAH nak lihat kedalaman iman hambanya itu. Kebalkah imannya  jika diuji dengan ujian yang ALLAH berikan. Hidup bagai pusingan roda. Kadang diatas kadang dibawah. Oleh itu, jika kita rasa hampir pada pusingan yang dibawah, cepat-cepatlah sedar dan bangkit. Jangan kita terjerumus dalam kegagalan, akibatnya, kita boleh jadi gila. ALLAH uji kita sebab DIA sayangkan kita. 
DIA taknak kita lupa dari apa kita dicipta dan untuk apa kita dicipta.
Jangan pernah berhenti berharap dan menunggu. Memang itu aku. Selama ni aku tak pernah lelah untuk menunggu dan berharap. Dan sememangnya sebagai manusia kita harus ada sikap ini. Bila kita mula mengharap bermakna kita sedang membina impian. 

Jangan jadi orang yang suka buat kerja setengah jalan. Contohnya, bila aku mengharap pada seseorang aku akan hanya berhenti bilamana aku tahu dia sedang bahagia bersama orang lain. Tapi, dia tetap dalam hati aku hingga aku mampu buang dia naturally dari hati aku sebab dia pun datang dalam hati aku naturally. Tiada paksaan. That’s my style. Love can’t be forced. Aku memang jenis yang suka menunggu tak kiralah menunggu apa pun. 



Tunggu seseorang di bus stop or tunggu bus and etc.. bukan apa, pada aku bila kita menunggu seseorang kita membentuk sikap sabar. Aku pernah tunggu orang sampai almost 2 jam kat bus stop dan tapi bila dia sampai aku masih mampu tersenyum. Tapi aku paling benci ditunggu orang. Maksudnya aku akan jadi kelam kabut sangat kalau tahu ada orang sedang tunggu aku. Sebabnya aku tahu betapa penatnya menunggu seseorang dan aku tak sanggup biarkan orang lain tunggu aku.
hidup akan selamanya indah...jika menghargainya....

SETIA??? mampuKah kita????

Kesetiaan. Setia dan sabar itu senada. Semakin sabar seseorang itu semakin dia akan jadi insan yang setia. Percaya atau tak. Itu yang berlaku pada aku sendiri. Apa pencinta yang paling setia. Tapi sekarang aku fikir yang kesetiaan itu sebenarnya tak penting. Tahu apa paling penting? Memahami dia yang kita sayang. Kalau kita kenal dia internal and external everything gonna be alright. 
Then, yakinkan diri yang kita nak sayang dia sorang je seumur hidup ni. Kadang-kadang aku terfikir. Kenapa lelaki perlu kahwin 2 or 3 or 4. Kenapa? Sebab nafsu? Or memang dia ikhlas. Macamana dengan isteri pertama. Lelaki tak sedar ke? Sebaik mana pun wanita yang merelakan perkahwinan suaminya dengan perempuan lain pasti luluh hatinya. Mana taknya memikirkan insan yang dia palin sayangi kini membahagikan segalanya dengan wanita lain. Cinta,sayang,perhatian,masa,and etc. 
Memanglah islam membenarkan poligami tapi biarlah atas dasar sepertimana yang pernah Rasulullah pernah lakukan. Berkahwin dengan janda yang suaminya shahid and etc. Tapi lelaki zaman sekarang menyalahgunakan  perkataan sunnah Nabi. Aku rasa macam nak *unuh je lelaki yang camni.
 Nanti kalau aku dah bersuami and suami aku nak kahwin lain aku benarkan tapi bersyarat. Tapi harapnya dapat suami yang tak suka kehidupan yang complicated lah...sebab dia mesti tak suka akan kehidupan poligami. Ingat senang ke nak bimbing 2 isteri kalau sorang pun dah kelam kabut. Apalah aku ni talking pasal poligami pulak...umo baru 20... tapi kita memang kena berfikir sebab ini pun termasuk dalam kehidupan. 
Life is unexpected........

3 Jun 2011

The Lily of Valley...

nama bunga ni lilly of valley.... walau aku tak tahu nama malay dia tapi apa yang aku try mention kat sini aku dah 
fallin in love with this flower....sooooo much.

macam yang mention kat atas...bunga ni melambangkan 'kembalinya sebuah kebahagiaan' exactly aku kenal dengan bunga ni masa aku umur 16. aku tahu dari satu anime tajuk dia 'EMMA' kisah cinta dua darjat. berlatarbelakangkan zaman inggeris dulu2. kisah seorang pewaris harta yang sangat kaya jatuh cinta dengan orang gaji ibu jagaannya. macam biasa..kalu cinta dua darjat mestilah terpisah lebih2 lagi bila ibu jagaan orang kaya tu sudah meninggal dunia dan hubungan depa ni kantoi...yang uniknya pada aku cerita ni adalah tentang EMMA...orang gaji tu...walau dia ni sekadar orang gaji but how she care about her pride its just like she's princess....even a prince came from india visiting his friend also can fall in love with this women... aku suka sangat anime ni walau tak boleh share ngn kawan2 lain...
Apa kaitan bunga ni dengan anime ni????
ending citer ni... Emma terpaksa tinggalkan daerah yang dia duduk sekarang...dia rasa sekarang bukan masa yang melayakkan diri dia menjadi teman hidup lelaki tu so, she just went without saying nothing to that man... William...the man she love the most... william dapat tahu masa emma dah naik train..bila sampai train  station..train dah berlepas pon...tiba2 came a girl give him this flower and say that its come from a women really pretty... pada aku seolah-olah yang Emma berjanji dia akn kembali membawa kebahagiaan...huh! sweet *________* exactly aku xsure pun ending dia..literature giler....

 kenapa ada gamba cter ni tetiba??? dalam drama ni pon ad mention apa yang dimaksudkan dengan bunga ni... episode jihu kiss jandi...hehheh cian junpyo+____+
nilah anime yang aku cter berjelar kat atas tu.....
bunga ni sangat istimewa buat aku... tak mengingatkan aku pada sesiapa just it can make smile and drop all my tears because its remind me about all love  that i had before...saranghaeyo...
*harapan satu hari nanti dpt beli benih bunga ni and tanam belakang rumah....