mY Lilly's

mY Lilly's

4 Mac 2013

Husnuzon itu Bersangka baik...


Salam,
1/3/13...satu tarikh dimana aku belajar satu lesson yang paling membekas dalam hati aku dan InsyaAllah akan aku pahat pengajaran ini sampai hujung nyawa...

Aku manusia biasa yang penuh dengan impian dan cita-cita. Dari mimpi sekecil zarah hingga sebesar tahap ingin mengelilingi dunia~
Alhamdulillah...selama ni tiap kali aku nakkan sesuatu aku akan usaha dan Allah bantu aku untuk mengapainya...mcm dua gejet kat atas ni...satu aku impi sejak aku sekolah rendah lagi...dalam lingkungan usia 10-12 tahun...dan satu lagi aku ingin atas niat supaya dapat memudahkan urusan aku kat UIA ni~

Saban hari aku sentiasa yakin dengan satu quote yang bunyinya lebih kurang camni...
"Allah akan dahulukan perkara yang kita perlukan daripada perkara yang kita mahukan"
Oleh itu, bersangka baik lah sentiasa dengan aturan kehidupan yang Allah dah tetapkan untuk kita...DIA sentiasa tahu yang terbaik untuk kita.
Apa-apa yang kita hilang hari ni bukan bermakna kita akan kehilangannya untuk selamanya...
Samada DIA nak bagi yang lebih baik atau memang apa yang kita inginkan itu mungkin memudaratkan kita di masa hadapan...
Atau pun mungkin diri kita sendiri memang tak bersedia untuk memiliki apa yang diinginkan itu...husnuzon lebih baik kan~

Pabila usia aku menginjak ke 22an ni...aku semakin memahami apa itu kehidupan secara syumul...jelas didada ini tujuan aku terpilih menjadi khalifah Allah dimuka bumi ni...Aku syukuri segala nikmat yang DIA berikan...sebelum ni aku buta hati...aku tak nampak dengan jelas. Oleh disebabkan itu aku selalu ber'su'uzon' yang aku sentiasa sendirian...tapi sekarang tak! Aku sentiasa yakin yang aku sentiasa dikelilingi orang yang sayangkan aku ikhlas kerana Allah..dan aku pun cuba untuk sayangkan orang disekeliling aku ikhlas juga kerana Allah...
Khamsamnida...for loving me PEOPLE~~!

Setakat ni semua impian aku yang kecil-kecil aku rasa aku dah dapat...Alhamdulillah...
Dan sekarang ni aku tengah berusaha untuk menggapai apa yang aku impikan untuk diri aku untuk persediaan masa hadapan...dan aku bersangka baik yang Allah akan kabulkan impian itu kalau aku sentiasa berada di'siratul mustakim'...

P/S: makes ALLAH as our priority number ONE...then his Beloved Messenger our Prophet Ahmad...never forget our both parents and people who sincerely loving yourself...and then you could love yourself first before meets ajnabi that willing to love you just the way your parent could do so and ultimately...before you meet those people..just always Husnuzon to HIS's plan~~
                     
                                                                                                                           -OnE-