mY Lilly's

mY Lilly's

5 Jun 2011

Hikmah Lappy SaKit....

Assalamualikum....
kalau nak tahu my beloved lappy sakit tenat since bulan april yang lepas...
aku suruh Dr. Dell datang rawat... kira lama gak lah aku macam cacing kepanasan kat bilik tanpa lappy...
so, dalam pada mengisi masa lapang aku pun jalan2 kat library...
scary pulak gamba nie....
exactly..this is why my profile name at facebook keep changing...huhuhu
nama pun library u takkan nak provide novel cinta pulak kan....
terpaksalah aku menelaah novel sastera...
kebanyakannya  novel yang menang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan...
 first time baca novel yang menceritakan kisah sebenar bagaimana kehidupan seorang
law student kat UKM... yelar selama ni kalau baca novel yang berlatarbelakangkan kehidupan universiti mesti
novel cintan cintun.... novel ni menyedarkan aku sebagai seorang student u kita tak sepatutnya main2 masa belajar... tetapkan visi dan lancarkan misi!!!


novel ni pulak menceritakan kehidupan remaja abad 21... dimana ketika ini dunia mengalami masalah
populasi  remaja yang sangat teruk. Masalah sosial yang menimpa remaja masakini bukan lagi menjadi isu tapi
masalah remaja yang tidak tahu berkomunikasi dengan sesama manusia dan sudah lupa untuk  menghargai adat dan budaya Melayu disebabkan kemajuan teknologi yang sangat pesat... So, dalam novel ni kita akan belajar bagaimana Memahami sesama sendiri merupakan suatu kewajiban!!!

Isu yang dibangkitkan dalam novel ni pun sangat menarik... novel ni berlatar belakangkan zaman klasik... zaman ketika temasik dilanda todak... tapi bukan cerita pasal negeri Temasik tapi sebuah negeri bernama Ujuna Madani yang sangat mementingkan ilmu sebagai senjata utama dalam melindungi rakyatnya... dari novel ni aku belajar bahawa Ilmu didunia ini tiada penghujungnya!!!

cerita ni pulak cerita mengenai kehidupan pelajar di Syria. Aku memang dah biasa dengan pengalaman kengkawan yang study kat Mesir tapi bukan di Syria. Tak banyak perbezaan cuma pelajar di Syria akan lebih dekat dengan tapak sejarah nabi-nabi dan pejuang islam seperti Salahuddin Al Ayubi... plot yang mengelikan hati aku bilamana watak utama lelaki dalam cerita ni menunggu dirinya dipinang mana2 siswi seangkatannya... lucu betul brother ni... sebenarnya banyak lesson aku belajar dari novel yang ni...tapi tak larat dah nak mention semua...

hah! cerita pula berlatar kisah pelajar di Madinah Munawwarah. Sesiapa yang pernah tengok drama Cinta Madinah kat tv1 satu masa dulu rupa2nya ia diadaptasi dari novel ni.... mengisahkan seorang pelajar Usuluddin yang ingin menyambung pelajarannya di peringkat Sarjana di Universiti Madinah tapi menemuhi pelbagai dugaan...tapi kerana dugaan itu jualah dia menemukan cinta yang dicari selama hidupnya....
Novel ni cuba menerapkan kepada pembaca tentang menghargai karya2 sastera melayu itu sangat penting...huh! lelah aku baca puisi2 dalam novel ni...tapi sweet!!!

ini yang paling latest aku baca... sekali lagi berlatar zaman klasik... cerita bagaimana islam kali pertamanya tiba di tanah melayu Melaka... menarik... kisah seorang bakal pemimpin sebuah negeri yang tak mahu menyembah batu2 ataupun matahari sebagai tuhan. Dia mengembara untuk mencari kebenaran sehinggalah dia bermimpi yang cahaya kebenaran akan terbit dari tanah Melayu Melaka... lantas Tanah Melayu Melaka dijejakinya.
Cerita ni memang dramatik...ala2 kisah hikayat... tiba2 aku sedar untungnya Tanah Melayu didatangi pedagang Arab kerana inilah anak Melayu kini Islam kalau tak mugkin kita masih tercari2 cahaya kebenaran...


Waiting List!!!



Aku sebenarnya kenal Faisal Tehrani sejak form 5...masa ni Ustazah kami galakkan kitaorang untuk baca karya dia ni... banyak juga aku dah baca tapi yang aku pelik karya dia yang popular macam 1515, 1511H [Kombat], Dektetif Indigo dan Advencer Si Peniup Ney tak pernah pulak berpeluang aku baca....
bila aku search2 kat library catalouge aku cuma jumpa 2 novel ni je...
Kehebatan cara Faisal berfikir memang tak boleh nak disangkal...apa yang dia tulis memang kebanyakan 
betul... itulah yang menimpa masyarakat islam masa kini... tak sabar nak habiskan 2 novel ni...



Banyak faedahnya kalau kita banyak membaca... tapi sebagai remaja yang bijak... dalam mencari jati diri yang kental kita kenalah memilih bacaan yang betul... Imbangi bahan bacaan berunsur ilmiah dan duniawi... barulah betul... Sama2 kita mengingati sesama kita... +_______+