Aku ni memang suka membaca. percaya atau tak, thanks kat abang aku sebab dialah aku jadi addicted kat buku... since aku darjah 4...sebab masa ni jelah aku boleh pinjam buku dari perpustakaan...dan disebabkan abang aku yang suka suruh aku pinjam buku dari perpustakaan... tiap2 bulan aku dapat hadiah dari library sebab aku pinjam more than 10 setiap bulan..hahaha caye tak caye...tp bila aku meningkat dewasa...sekolah menengah aku tak provide banyak buku so, dari sinilah aku start membaca novel.
Tapi, baca novel ni perlukan banyak kos...percaya atau tak ketika zaman addicted novel ni...aku mampu baca sekeping novel about 500pages dalam waktu semalaman aje...maksudnya start pukul 8 malam habis sebelum subuh...tabiat......
bukan nak story morry pasal hobi aku tapi pasal novel kat atas ni.... cerita aku baca masa aku form 5... pinjam dari kawan selepas menunggu turn beberapa detik aku still xdapat...lastly aku persuade kawan aku yang tengah turn dia la tu...aku cakap aku baca satu malam je... done!!!!
puas kot....
tapi aku xdapat hayati sangat masa tu....
"kerana cinta... seorang lelaki sanggup lakukan apa saja untuk pastikan cinta pandang pertama dia yang satu ini menjadi miliknya tak kira apa cara sekalipun... walau terpaksa menyakiti cinta hatinya itu"
"kerana cinta seorang lelaki terhadapnya... dia kehilangan insan yang dia sayangi dan juga kehormatan diri...
tapi dia bangkit dari kisah silam tanpa mengetahui yang dia sebenarnya dia terjunam kembali kepada kisah silam hidupnya itu"
"kerana cintanya terhadap lelaki itu.... dia jadi buta... walau apa cara sekalipun lelaki itu harus jadi miliknya walau dia tahu walaupun dia mampu memiliki lelaki itu...hanya jasad yang akan dia dapat"
novel hasil nukilan Meen Zulaikha ni memang tak mengecewakan setiap pembaca....
plot cerita yang sentiasa membuat pembaca tak kan pernah lepaskan setiap helaian...
lebih2 lagi... endingnya mampu buat aku tersenyum....+_______+ puas!!!
Drama Nora Elena
Apa kaitannya dengan drama ni...
mestilah Nora Elena nilah heroin novel Kasih Yang Suci...
Adaptasi dari novel yang baik pasti mampu menghasilkan drama yang baik juga.
lebih2 lagi Aaron Aziz yang hensem ni membawa watak utama yang digambarkan seorang lelaki yang sangat romantik dan setia pada cintanya..."Seth Tan"
tapi...
Aku rasa Siti Saleha adalah pilihan yang kurang tepat untuk jadi Nora Elena dalam cerita ni...ini pendapat aku... memang dia ada pakej kecantikan yang ada pada Nora Elena tapi aku nampak kejanggalan dia bila bergandingan dengan Seth.....
lagi satu...
watak Yvonne yang dipegang oleh Wan Syarmila sangatlah tak kena.... she should be a real chinese girl based on the novel.... not only a girl who can speak chinese fluently...
Apapun Pengarah cerita ni cuba buat yang terbaik.... dan aku suka...lebih2 lagi pengarah ni tak tambah banyak sangat watak yang takda dalam novel... tabik untuk pengarah sebab mampu adaptasi novel ni sebaik mungkin....
exactly cerita ni menyedarkan aku tentang sesuatu...
mencintai dan dicintai takkan menjanjikan kebahagian yang syumul...
sebagai seorang wanita kita sememangnya kena bijak memilih...
pilih teman hidup yang mampu menyayangi kita...
jangan biarkan cinta mengaburi hati kita dalam memilih pasangan hidup...
sebab dalam perkahwinan kita hanya perlukan 40% cinta...
kerana yang lebihnya adalah bagaimana kita dan pasangan kita mengekalkan
kasih sayang yang sedia ada untuk 50 tahun yang akan datang....
"Biarlah kita sesali cinta yang tak pasti daripada kehilangan cinta sejati"
-One-