mY Lilly's

mY Lilly's

13 Jun 2011

One man... don't be good to me anymore +___+"

Recently, there's a lot of korean ballad song i heard.
but i interested  with this both lyrics song...
two song which came from the same singer...
-Kim Jong Kook-



It must've been a long time. Long enough for these words to become colorless. 
Even if I just see your eyes, I know everything, 
Like your friend, like your shadow. 

We must've been together always. When you're having hard time and you are sad, 
even when you're lonley. Holding onto seperation a bit longer, 
Even when I'm hurting to wipe away your tears.. 

There's a man. Who loves you so much. 
There's a man. Who can't even say I love you. 
By your side I put my hand out and 
at a path were you can always reach me 
I, who cherishes you more than myself, am with you. 

To make you laugh, I think of only that and 
When and where ever you are I'm watching you and missing you. 
And who worries of only you, 

There's a man. Who loves you so much. 
There's a man. Who can't even say I love you. 
By your side I put my hand out and 
at a path were you can always reach me 
I, who cherishes you more than myeslf, am with you. 

For the thousandth time I swallow and again for ten thousandth time I try to set 
everthing straight. I want to tell you. I think I'm going to go insane but. 
I want to embrace you all at one but... 

There's a girl, who doesn't know I'm like this. 
Who receives love but doesn't even know that it is love. 
Leaving you, who is as foolish as I and sad, 
At this moment tears come but I'm happy. 
It's because you're by my side.
-One man-

-Don't be good to me- 

Stop being good to me
Don't be good to me anymore

It might be better to be cold to me
Or ignoring me might be better for me
Brushing off the dust on my collar
Carelessly laughing and leaning on my shoulder

I let it go, telling myself that its just a habit and busy my day
But I think about ti again and again as if I took a picture

Stop being good to me
Don't be good to me anymore
I don't have the confidence to kneel my knees and be hurt by love
If you have other thoughts than me, if you have different thoughts than me.
If somebody asks you who I am, nonchantly introduce me as just someone you know

The phone call a couple of days ago at night, that call...
it's not that I didn't wat to answer, but I couldnt
Just in case I tell you I miss you when I'm drunk
because in the morning, I'll regret it

Stop being good to me
Don't be good to me anymore
I don't have the confidence to kneel my knees and be hurt by love
Although I had the whole world because of love
Although i miss it, I'm unable to find the way

Just in case you have the same thoughts as me, 
if you happen to have the same thoughts of me
I wait again and again.
I am a fool infront of love again.
I cling to you again, like a fool.

Stop being good to me
Don't be good to me anymore
he's exactly have a sweet scandal with my eun hye unnie....
hehehehe
-just sharing-


5 Jun 2011

Hikmah Lappy SaKit....

Assalamualikum....
kalau nak tahu my beloved lappy sakit tenat since bulan april yang lepas...
aku suruh Dr. Dell datang rawat... kira lama gak lah aku macam cacing kepanasan kat bilik tanpa lappy...
so, dalam pada mengisi masa lapang aku pun jalan2 kat library...
scary pulak gamba nie....
exactly..this is why my profile name at facebook keep changing...huhuhu
nama pun library u takkan nak provide novel cinta pulak kan....
terpaksalah aku menelaah novel sastera...
kebanyakannya  novel yang menang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan...
 first time baca novel yang menceritakan kisah sebenar bagaimana kehidupan seorang
law student kat UKM... yelar selama ni kalau baca novel yang berlatarbelakangkan kehidupan universiti mesti
novel cintan cintun.... novel ni menyedarkan aku sebagai seorang student u kita tak sepatutnya main2 masa belajar... tetapkan visi dan lancarkan misi!!!


novel ni pulak menceritakan kehidupan remaja abad 21... dimana ketika ini dunia mengalami masalah
populasi  remaja yang sangat teruk. Masalah sosial yang menimpa remaja masakini bukan lagi menjadi isu tapi
masalah remaja yang tidak tahu berkomunikasi dengan sesama manusia dan sudah lupa untuk  menghargai adat dan budaya Melayu disebabkan kemajuan teknologi yang sangat pesat... So, dalam novel ni kita akan belajar bagaimana Memahami sesama sendiri merupakan suatu kewajiban!!!

Isu yang dibangkitkan dalam novel ni pun sangat menarik... novel ni berlatar belakangkan zaman klasik... zaman ketika temasik dilanda todak... tapi bukan cerita pasal negeri Temasik tapi sebuah negeri bernama Ujuna Madani yang sangat mementingkan ilmu sebagai senjata utama dalam melindungi rakyatnya... dari novel ni aku belajar bahawa Ilmu didunia ini tiada penghujungnya!!!

cerita ni pulak cerita mengenai kehidupan pelajar di Syria. Aku memang dah biasa dengan pengalaman kengkawan yang study kat Mesir tapi bukan di Syria. Tak banyak perbezaan cuma pelajar di Syria akan lebih dekat dengan tapak sejarah nabi-nabi dan pejuang islam seperti Salahuddin Al Ayubi... plot yang mengelikan hati aku bilamana watak utama lelaki dalam cerita ni menunggu dirinya dipinang mana2 siswi seangkatannya... lucu betul brother ni... sebenarnya banyak lesson aku belajar dari novel yang ni...tapi tak larat dah nak mention semua...

hah! cerita pula berlatar kisah pelajar di Madinah Munawwarah. Sesiapa yang pernah tengok drama Cinta Madinah kat tv1 satu masa dulu rupa2nya ia diadaptasi dari novel ni.... mengisahkan seorang pelajar Usuluddin yang ingin menyambung pelajarannya di peringkat Sarjana di Universiti Madinah tapi menemuhi pelbagai dugaan...tapi kerana dugaan itu jualah dia menemukan cinta yang dicari selama hidupnya....
Novel ni cuba menerapkan kepada pembaca tentang menghargai karya2 sastera melayu itu sangat penting...huh! lelah aku baca puisi2 dalam novel ni...tapi sweet!!!

ini yang paling latest aku baca... sekali lagi berlatar zaman klasik... cerita bagaimana islam kali pertamanya tiba di tanah melayu Melaka... menarik... kisah seorang bakal pemimpin sebuah negeri yang tak mahu menyembah batu2 ataupun matahari sebagai tuhan. Dia mengembara untuk mencari kebenaran sehinggalah dia bermimpi yang cahaya kebenaran akan terbit dari tanah Melayu Melaka... lantas Tanah Melayu Melaka dijejakinya.
Cerita ni memang dramatik...ala2 kisah hikayat... tiba2 aku sedar untungnya Tanah Melayu didatangi pedagang Arab kerana inilah anak Melayu kini Islam kalau tak mugkin kita masih tercari2 cahaya kebenaran...


Waiting List!!!



Aku sebenarnya kenal Faisal Tehrani sejak form 5...masa ni Ustazah kami galakkan kitaorang untuk baca karya dia ni... banyak juga aku dah baca tapi yang aku pelik karya dia yang popular macam 1515, 1511H [Kombat], Dektetif Indigo dan Advencer Si Peniup Ney tak pernah pulak berpeluang aku baca....
bila aku search2 kat library catalouge aku cuma jumpa 2 novel ni je...
Kehebatan cara Faisal berfikir memang tak boleh nak disangkal...apa yang dia tulis memang kebanyakan 
betul... itulah yang menimpa masyarakat islam masa kini... tak sabar nak habiskan 2 novel ni...



Banyak faedahnya kalau kita banyak membaca... tapi sebagai remaja yang bijak... dalam mencari jati diri yang kental kita kenalah memilih bacaan yang betul... Imbangi bahan bacaan berunsur ilmiah dan duniawi... barulah betul... Sama2 kita mengingati sesama kita... +_______+

4 Jun 2011

Drama Hot!!!

Aku ni memang suka membaca. percaya atau tak, thanks kat abang aku sebab dialah aku jadi addicted kat buku... since aku darjah 4...sebab masa ni jelah aku boleh pinjam buku dari perpustakaan...dan disebabkan abang aku yang suka suruh aku pinjam buku dari perpustakaan... tiap2 bulan aku dapat hadiah dari library sebab aku pinjam more than 10 setiap bulan..hahaha caye tak caye...tp bila aku meningkat dewasa...sekolah menengah aku tak provide banyak buku so, dari sinilah aku start membaca novel.

Tapi, baca novel ni perlukan banyak kos...percaya atau tak ketika zaman addicted novel ni...aku mampu baca sekeping novel about 500pages dalam waktu semalaman aje...maksudnya start pukul 8 malam habis sebelum subuh...tabiat......

bukan nak story morry pasal hobi aku tapi pasal novel kat atas ni.... cerita aku baca masa aku form 5... pinjam dari kawan selepas menunggu turn beberapa detik aku still xdapat...lastly aku persuade kawan aku yang tengah turn dia la tu...aku cakap aku baca satu malam je... done!!!! 
puas kot....
tapi aku xdapat hayati sangat masa tu....

"kerana cinta... seorang lelaki sanggup lakukan apa saja untuk pastikan cinta pandang pertama dia yang satu ini menjadi miliknya tak kira apa cara sekalipun... walau terpaksa menyakiti cinta hatinya itu"

"kerana cinta seorang lelaki terhadapnya... dia kehilangan insan yang dia sayangi dan juga kehormatan diri... 
tapi dia bangkit dari kisah silam tanpa mengetahui yang dia sebenarnya dia terjunam kembali kepada kisah silam hidupnya itu"

"kerana cintanya terhadap lelaki itu.... dia jadi buta... walau apa cara sekalipun lelaki itu harus jadi miliknya walau dia tahu walaupun dia mampu memiliki lelaki itu...hanya jasad yang akan dia dapat"

novel hasil nukilan Meen Zulaikha ni memang tak mengecewakan setiap pembaca....
plot cerita yang sentiasa membuat pembaca tak kan pernah lepaskan setiap helaian... 
lebih2 lagi... endingnya mampu buat aku tersenyum....+_______+  puas!!!

Drama Nora Elena
Apa kaitannya dengan drama ni...
mestilah Nora Elena nilah heroin novel Kasih Yang Suci...
Adaptasi dari novel yang baik pasti mampu menghasilkan drama yang baik juga.
lebih2 lagi Aaron Aziz yang hensem ni membawa watak utama yang digambarkan seorang lelaki yang sangat romantik dan setia pada cintanya..."Seth Tan"
tapi...
Aku rasa Siti Saleha adalah pilihan yang kurang tepat untuk jadi Nora Elena dalam cerita ni...ini pendapat aku... memang dia ada pakej kecantikan yang ada pada Nora Elena tapi aku nampak kejanggalan dia bila bergandingan dengan Seth.....
lagi satu...
watak Yvonne yang dipegang oleh Wan Syarmila sangatlah tak kena.... she should be a real chinese girl based on the novel.... not only a girl who can speak chinese fluently...
Apapun Pengarah cerita ni cuba buat yang terbaik.... dan aku suka...lebih2 lagi pengarah ni tak tambah banyak sangat watak yang takda dalam novel... tabik untuk pengarah sebab mampu adaptasi novel ni sebaik mungkin....
exactly cerita ni menyedarkan aku tentang sesuatu...
mencintai dan dicintai takkan menjanjikan kebahagian yang syumul...
sebagai seorang wanita kita sememangnya kena bijak memilih...
pilih teman hidup yang mampu menyayangi kita...
jangan biarkan cinta mengaburi hati kita dalam memilih pasangan hidup...
sebab dalam perkahwinan kita hanya perlukan 40% cinta...
kerana yang lebihnya adalah bagaimana kita dan pasangan kita mengekalkan 
kasih sayang yang sedia ada untuk 50 tahun yang akan datang....



"Biarlah kita sesali cinta yang tak pasti daripada kehilangan cinta sejati"
-One-


Korean Fever!!!

Sekarang ni dah jadi trend budak2 universiti stay up or isi masa lapang diorang ngan layan drama2 korea or layan music k-pop.... tapi sorrylar.... aku kena korean fever ni sejak aku kecik lagi.... masa aku aku baru darjah 4 or 5....
inilah drama yang aku follow mase aku darjah 4... until now its still remain in my heart...by favourite korean drama ever...sedih sangat.... walaupun masa ni cerita winter sonata tengah hot giler tapi aku hanya tengok citer ni....
tajuk citer ni...Stairway to Heaven... bukan citer kedua yang aku layan tapi cerita ni membawa sejuta kenangan pada diri aku... jalan cerita yang seakan citer Autumn in My Heart tapi lagi sedih... masa ni aku memang layan drama tangkap leleh je..hahahha
erm... exactly aku takkan lupa citer ni sampai bila2 sebab satu peristiwa dimana aku share duit dengan sorang kawan aku untuk beli cd citer ni...nak dijadikan cerita aku boleh tengok cerita ni ditemani oleh seluruh warga aspuri sekolah sampai aku dikenali dengan adik2 junior...sebab masa tu aku new student...and yang paling beraninya aku simpan cd citer ni dengan ustazah...fuhhhh terbaik..sweeet~~~ sampai sekarang kalau aku jumpa junior  diorang konfem tanya"akak! ada layan citer ni x, citer tu???" hah! 

I'm Sorry,I love U...tajuk diberi
memang aku layan hari2
takkan pernah aku lupai
biar sampai keakhirnya nanti...
MY MOST FAVOURITE KOREAN DRAMA EVER!!!

Boys Over Flower...
aku suka layan waktu bosan sebab citer ni sangat sweet...
watching how arrogant man fallin in love with a poor girl....
hahahha like the way they are!!!
Coffee Prince...
cerita ni aku ulang kali tengok dah lebih 50 kali aku rasa...sampai cd aku dah rosak
tersekat2!!!! ahhahaha
kalau tak silap aku nilah komedi korean drama yang aku layan...
gaguma couple...sweet sangat.....
My Girlfriend is Gumiho...
1st fantasy Korean drama
suka sebab jalan cerita dia menarik sangat...
unik...
pelakon2 dia pun terbaik lah!
Sweet Spy...
Citer aksi romance 1st aku ngok...
hensem betol oppa dennis oh nie....
cerita ni sangat romantik...
pada akulah...
Jewel in The Palace...
pada aku sesiapa yang minat drama korea tapi tak pernah tahu kewujudan  citer ni
dia memang sangat rugi.....
drama epik korea yang paling terkenal serantau asia...
adaptasi dari kisah sebenar...memang best...
aku layan cerita ni masa aku form 2...terbaik!!!!
Goong aka Princess Hours...
sweet...walau jalan cerita yang agak slow...
tapi ini kisah imaginasi seorang art student yang angankan 
negaranya masih mempunyai sistem beraja dan dia seorang rakyat biasa
yang tiba2 dijodohkan dengan putera mahkota dan bakal menjadi permaisuri negara diorang
KOREA!!!
God of Study...
cerita untuk cikgu2.... memang terharu teengok pengorbanan cikgu2 diorg yang percaya diorang juga mampu masuk universiti walau duduk dikelas terakhir...memang terbaik.... tersingkap segala kenangan masa zaman sekolah2 dulu.....

Secret Garden...
cerita yang paling latest aku layan...sebenarnya banyak lagi..tapi gilalah kan kalu mention semua...
cerita memang sweet...dan aku sangat sukakan endingnya..walau aku baru tengok epside 1-13 pastu lompat ending....hahahhaah terbaik.... tabiat....

Walau makin banyak drama yang aku layan tapi aku rasa aku dah tak fever dah......

LayakKah Kita???

Jatuh. Gagal. Tiada siapa yang tak pernah merasainya. Percaya atau tidak, orang paling berjaya dimuka bumi ini pasti pernah juga merasai kegagalan. Kita akan terus jatuh kalau kita tak pernah cuba untuk bangun.
 Sebenarnya, semakin jauh kita terpelosok jatuh semakin dekat DIA pada kita. Oleh itu, kita pun mestilah mendekatinya. DIA beri kegagalan supaya kita berfikir. Layakkah kita menerima kejayaan yang ada pada sekarang ataupun adakah layak kita meminta kejayaan jika usaha yang kita lakukan hanya berharga untuk suatu kegagalan. Kegagalan hanya akan datang jika kita menghampirinya. ALLAH maha adil. Dia beri duka bila bahagia tiba kerana kita akan terlupakannya disaat kita bahgia. 
Tapi, ada juga orang yang sentiasa mengingatiNya gagal. Kenapa? Sebab ALLAH nak lihat kedalaman iman hambanya itu. Kebalkah imannya  jika diuji dengan ujian yang ALLAH berikan. Hidup bagai pusingan roda. Kadang diatas kadang dibawah. Oleh itu, jika kita rasa hampir pada pusingan yang dibawah, cepat-cepatlah sedar dan bangkit. Jangan kita terjerumus dalam kegagalan, akibatnya, kita boleh jadi gila. ALLAH uji kita sebab DIA sayangkan kita. 
DIA taknak kita lupa dari apa kita dicipta dan untuk apa kita dicipta.
Jangan pernah berhenti berharap dan menunggu. Memang itu aku. Selama ni aku tak pernah lelah untuk menunggu dan berharap. Dan sememangnya sebagai manusia kita harus ada sikap ini. Bila kita mula mengharap bermakna kita sedang membina impian. 

Jangan jadi orang yang suka buat kerja setengah jalan. Contohnya, bila aku mengharap pada seseorang aku akan hanya berhenti bilamana aku tahu dia sedang bahagia bersama orang lain. Tapi, dia tetap dalam hati aku hingga aku mampu buang dia naturally dari hati aku sebab dia pun datang dalam hati aku naturally. Tiada paksaan. That’s my style. Love can’t be forced. Aku memang jenis yang suka menunggu tak kiralah menunggu apa pun. 



Tunggu seseorang di bus stop or tunggu bus and etc.. bukan apa, pada aku bila kita menunggu seseorang kita membentuk sikap sabar. Aku pernah tunggu orang sampai almost 2 jam kat bus stop dan tapi bila dia sampai aku masih mampu tersenyum. Tapi aku paling benci ditunggu orang. Maksudnya aku akan jadi kelam kabut sangat kalau tahu ada orang sedang tunggu aku. Sebabnya aku tahu betapa penatnya menunggu seseorang dan aku tak sanggup biarkan orang lain tunggu aku.
hidup akan selamanya indah...jika menghargainya....

SETIA??? mampuKah kita????

Kesetiaan. Setia dan sabar itu senada. Semakin sabar seseorang itu semakin dia akan jadi insan yang setia. Percaya atau tak. Itu yang berlaku pada aku sendiri. Apa pencinta yang paling setia. Tapi sekarang aku fikir yang kesetiaan itu sebenarnya tak penting. Tahu apa paling penting? Memahami dia yang kita sayang. Kalau kita kenal dia internal and external everything gonna be alright. 
Then, yakinkan diri yang kita nak sayang dia sorang je seumur hidup ni. Kadang-kadang aku terfikir. Kenapa lelaki perlu kahwin 2 or 3 or 4. Kenapa? Sebab nafsu? Or memang dia ikhlas. Macamana dengan isteri pertama. Lelaki tak sedar ke? Sebaik mana pun wanita yang merelakan perkahwinan suaminya dengan perempuan lain pasti luluh hatinya. Mana taknya memikirkan insan yang dia palin sayangi kini membahagikan segalanya dengan wanita lain. Cinta,sayang,perhatian,masa,and etc. 
Memanglah islam membenarkan poligami tapi biarlah atas dasar sepertimana yang pernah Rasulullah pernah lakukan. Berkahwin dengan janda yang suaminya shahid and etc. Tapi lelaki zaman sekarang menyalahgunakan  perkataan sunnah Nabi. Aku rasa macam nak *unuh je lelaki yang camni.
 Nanti kalau aku dah bersuami and suami aku nak kahwin lain aku benarkan tapi bersyarat. Tapi harapnya dapat suami yang tak suka kehidupan yang complicated lah...sebab dia mesti tak suka akan kehidupan poligami. Ingat senang ke nak bimbing 2 isteri kalau sorang pun dah kelam kabut. Apalah aku ni talking pasal poligami pulak...umo baru 20... tapi kita memang kena berfikir sebab ini pun termasuk dalam kehidupan. 
Life is unexpected........

3 Jun 2011

The Lily of Valley...

nama bunga ni lilly of valley.... walau aku tak tahu nama malay dia tapi apa yang aku try mention kat sini aku dah 
fallin in love with this flower....sooooo much.

macam yang mention kat atas...bunga ni melambangkan 'kembalinya sebuah kebahagiaan' exactly aku kenal dengan bunga ni masa aku umur 16. aku tahu dari satu anime tajuk dia 'EMMA' kisah cinta dua darjat. berlatarbelakangkan zaman inggeris dulu2. kisah seorang pewaris harta yang sangat kaya jatuh cinta dengan orang gaji ibu jagaannya. macam biasa..kalu cinta dua darjat mestilah terpisah lebih2 lagi bila ibu jagaan orang kaya tu sudah meninggal dunia dan hubungan depa ni kantoi...yang uniknya pada aku cerita ni adalah tentang EMMA...orang gaji tu...walau dia ni sekadar orang gaji but how she care about her pride its just like she's princess....even a prince came from india visiting his friend also can fall in love with this women... aku suka sangat anime ni walau tak boleh share ngn kawan2 lain...
Apa kaitan bunga ni dengan anime ni????
ending citer ni... Emma terpaksa tinggalkan daerah yang dia duduk sekarang...dia rasa sekarang bukan masa yang melayakkan diri dia menjadi teman hidup lelaki tu so, she just went without saying nothing to that man... William...the man she love the most... william dapat tahu masa emma dah naik train..bila sampai train  station..train dah berlepas pon...tiba2 came a girl give him this flower and say that its come from a women really pretty... pada aku seolah-olah yang Emma berjanji dia akn kembali membawa kebahagiaan...huh! sweet *________* exactly aku xsure pun ending dia..literature giler....

 kenapa ada gamba cter ni tetiba??? dalam drama ni pon ad mention apa yang dimaksudkan dengan bunga ni... episode jihu kiss jandi...hehheh cian junpyo+____+
nilah anime yang aku cter berjelar kat atas tu.....
bunga ni sangat istimewa buat aku... tak mengingatkan aku pada sesiapa just it can make smile and drop all my tears because its remind me about all love  that i had before...saranghaeyo...
*harapan satu hari nanti dpt beli benih bunga ni and tanam belakang rumah....

30 Apr 2011

LIFE WiLL aLwayS NiCe!!!!!

salam untuk hari yang indah....
Manusia tak pernah puas dengan kehidupan  masing2... dulu aku pon macam tu...
tapi bila meniti hari kedewasaan ini aku makin puas dan SANGAT bersyukur kerana aku terpilih untuk hidup... di dunia aku sekarang...
Sebagai manusia yang normal kita takkan pernah sedar yang sebenarnya hidup kita dah sempurna sebab manusia tamak... tak pernah puas...
senang je untuk mempunyai hidup yang SEMPURNA...
HARGAI semua makhluk CIPTAAN ALLAH yang ada disekeliling kita...
dan kekalkan SENYUMAN
JANGAN meminta yang tak pasti
MENERIMA segala yang DIBERI dengan HATI yang IKHLAS...
KUNCI kesempurnaan adalah SABAR...
dan MANGGAnya adalah REDHA...
dan untuk kita kekal dalam KESEMPURNAAN itu adalah dengan SENTIASA INGAT MATI
dan paling utama INGAT kekasihNYA iaitu RASULALLAH dan
TAK pernah lupakan ALLAH walau sedetik... itulah resepi hidup yang sempurna bagi aku....
Hidup akan jadi indah SETIAP hari kalau kita laksanakannya...INSYAALLAH....

BerakHir sebelum bErmula....

SALAM untuk hari yang indah
saban hari aku bersyukur
THANK YOU ALLAH...berikan aku kehidupan...beri aku keluarga... berikan aku segalanya...
tapi aku tetap berfikir satu perkara yang membebankan kepala yang tak berapa nak kusut ni...
aku mencuba dan bukan aku tak cuba...sedaya upaya aku cuba...tapi ia tetap ada...
dia tetap wujud dalam hati ini...walau...
wajah dia makin aku lupakan saban hari...
suara dia dah tak terngiang2 lagi kat telinga ni...
dan xda satu pun hal yang berkaitan dia aku ingat tapi hati aku akn sentiasa cuba untuk kembali pada dia...
Aku tak nak... aku dah sedar dia bukan untuk aku..tapi ada sesuatu dalam diri ni yang kata...
DON'T EVER DARE TO FORGET HIM...JUST KEEP HIM REMAIN IN YOUR HEART... WHO'S KNOW THAT HE'S EXACTLAY MADE FOR YOU.....
dan kerana suara inilah aku dah tak berani nak bukak pintu hati ni untuk sesiapa lagi...
aku takut...takut hidup dalam bayangan cinta dia sedangkan aku tahu dia bukan untuk aku
dan sejak awal lagi aku tahu yang hubungan ini BERAKHIR SEBELUM IA BERMULA...

26 Mac 2011

jangan putus asa dulu

kali pertama gagal dalam benda yang sama berulang kali...
muLanya aku putus asa..
Aku cari pelbagai cara untuk lari dari masalah ni...
tapi aku lupa kalau aku lari darinya...
aku orang yang gagal...
bermakna aku jadi orang yang gagal...
tapi bila aku semakin dekat denganNYA
aku sedar yang aku belajar untuk ILMU bukan semata nak graduation...
ini adalah cubaan aku yang pertama dalam menempuh gerbang ilmu ni...
as a conclusion i keep smiling...
waiting for lovely tomorrow...
if just i fail for the third time i will surrender and find another way to become a person that make their parents keep smiling and stop thinking what will i be in future... insyaallah....

masih cinta

salam untuk hidup yang indah... acapkali aku berfikir kenapa amat payah bagi manusia melupakan seseorang yang amat bermakna dalam hidupnya. Meski tahu orang itu mustahil meingatkannya walau sedetik lebih...
aku mengalami pengalaman yang sama berulang2 kali...
hingga pengalaman itu membuat aku takut untuk berkenalan dengan rapat dengan mana2 lelaki...
kawan aku cakap...
kau kena berpikiran positif... jodoh itu ditentukan ALLAH...
itu aku tahu...
perlukah cinta dalam meniti gerbang alam perkahwinan???
aku rasa tak perlu semua itu...
perkahwinan itu pada aku cukup sekadar jika dilimpahi restu dan tidak bermula dengan zina...
bukankah couple tu sama seperti zina???
zina hati... bila asyik terpikirkan dia
zina mata...bila asyik melihat dia dari jauh
zina tangan... kirimkan pesanan2 yang xperlu
macam2 lagi lar...
aku sedang menunggu dan akan tetap menunggu....
sampai tiba masanya nanti...

10 Jan 2011

cerita tentang SAHABAT

layakkah seseorang tu  digelar SAHABAT
jika segala kebaikan yang pernah ditaburkan pada kita menjadi bahan ungkitan apabila bercerita dengan sahabat yang lain...
layakkah seseorang itu digelar KAWAN jika segala kerelaan hatinya membantu kawannya yang lain di sebut sebagai perintah apabila bercerita dengan kawan yang lain...
layakkah seseorg itu digelar TEMAN jika dia tidak pernah meletakkan walau sebutir kepercayaan terhadap temannya lantas di fitnah temannya itu apabila bercerita dengan teman yang lain...
PERSOALAN DISINI ADAKAH LAYAK SESEORANG ITU DIGELAR SAHABAT???
SEDANGKAN RASULULLAH MENYEBUT DALAM HADISNYA YANG DIRIWAYATKAN OLEH ANAS BIN MALIK: "TIDAK SEMPURNA IMAN SESEORANG ITU SEHINGGA DIA MENGASIHI SAUDARANYA(SAHABATNYA) SEPERTIMANA DIA MENGASIHI DIRINYA SENDIRI"

andai itu takdirnya...

 Memang amat menyakitkan bila kita sukakan seseorang tetapi dia tidak pernah tahu kita sangat sukakan dia tapi lebih melampau sakitnya pabila kita sendiri tak pernah punyai kekuatan untuk meluahkan... bagi yang meluahkan tahniah... tapi ia akan tetap sama jika dia yang disukai tak pernah terpikir untuk sukakan kita meskipun yang dia sukai melukai dia... kita hanya mampu lihat dia terkecewakan oleh dirinya sendiri... dan kita sendiri kecewa kerana dia tak pernah perasan sedikit pun perasaan kita pada dia. Akhirnya kita  dan dia sering menanti yang tak pasti meskipun yang pasti sentiasa dalam genggaman dan didepan mata...